Gambar ni diambil semasa bercuti di Perak
CORETAN KASIH
Friday, July 5, 2013
Akhirnya.......
Assalamualaikum... Fuh setelah sekian lama tak buka blog ni....akhirnya hari ini 7 Julai 2013 berjaya juga aku mencari address email dan passwordnya....lega. Jadi bolehlah start mengarang balik. Last post anak ke dua aku kecik lagi....tapi sekarang dah pun umur 4 tahun...tahun depan baru masuk sekolah tadika (tapi bila tiap kali tanya mesti jawab tak nak sekolah...nak duk rumah tengok cerita kartun jer....risau mama). Buat masa ni anak aku masih juga 2 orang...tak bertambah pun lagi. Kalau ikutkan memang nak sangat tapi belum ada rezeki. Anak ku yang sulung dah pun berumur 8 tahun. Agak kesian tengok dia, pagi ke sekolah kebangsaan balik rumah sempat makan dan rehat kejap dah nak ke sekolah agama pulak malam kena pergi mengaji lagi. Memang penuh jadual dia tapi sabarlah anak mama sebab kalau nak berjaya kita kena rajin-rajin tau. Ingat nak masukkan gambar tapi cari2 tak jumpa la pulak...takper nanti kalau ada masa lagi kita masukkan yer..
Monday, November 15, 2010
GRADUASI DAN KONSERT TADIKA ARIF
Hari graduasi dan konsert Tadika Arif pada 10 November 2010 bertempat di Dewan MPAJ
Terima hadiah daripada Teacher Suthes
Friday, May 14, 2010
Wednesday, May 12, 2010
Majlis Pertunangan Ucu & Uncle Sahril
muka ayah kepenatan...sibuk ambik gambar video..
pelamin ucu pun cantik..
Malam Di KLCC
Dah lama kitaorang tak jalan2 kat KLCC walaupun dari rumah pun boleh nampak bangunan tu.. Malam tu lepas beli barang d Desa Pandan, terus ayah bawa kitorang g KLCC. Memang tak rancang pun nak ke sana. Faze n Adam pun pakai baju tidur jer...
Adam asyik menuju ke arah air jer..kalau dibiarkan dah lama dia berenang kat situ.. Faziela suka sangat dapat jalan
Dengan penuh bangganya faziela nak abadikan gambar dia bersama bangunan KLCC
Semua tempat Adam nak teroka maklumlah kawasan ni besar..suka sangatlah dia jalan. Kalau kat rumah baru jalan sikit dan langgar dinding...maklumlah rumah besar...(suatu hari nanti insyaallah)
Subscribe to:
Posts (Atom)
